Assalamualaikkum & Salam Peringatan,
Baca  dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di  BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah,Mesir.Moga kisah dibawah ini cukup  menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan  permainan dunia yang melalaikan.
Pada suatu hari,  seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat  menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah  Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan  tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya  agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan  bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya:  
"Wahai  pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai  dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik  daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan  liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah  kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup  aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah  menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat se
dangkanaku  masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di  tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis  kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah  menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu,  gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis  lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil  melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bil
ikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang  tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis.  Sayang sekali,  wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang  buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang  menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak  menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan  mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina  agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit  kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar  tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para  penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan  diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam  suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir  jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya  menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba  mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa  panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya  mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah  kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.  Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah?  Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala  sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan  sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w.  dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam  tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang  tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang  sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.
Ingatlah  teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan  terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita  akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang  bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin  melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan  Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.
Sewaktu  di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan  anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di  dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu  taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin  takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di  bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal  oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu  juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah  diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita  memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang  benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga  lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh  sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di  perantauan sana.
 
 
 
No comments:
Post a Comment