Wednesday, October 27, 2010

MURTAD : MALAYSIA JADI SASARAN

Mengapa Malaysia Menjadi Sasaran
 
Laporan Bernama yang dipetik dari majalah The Minaret terbitan Pusat Islam California kononnya pendakwah Kristian menjadikan Malaysia di antara negara sasaran bagi satu gerakan dakwah yang dipanggil ‘Window’ 10/40 kerana Malaysia salah satu negara yang terletak di antara garis lintang 10 dan 40 di peta dunia.  Laporan itu menyebut bahawa Malaysia sebagai negara Islam yang sukar ditembusi, tetapi seorang pendakwah Kristian, Mike Bowen bersama isterinya, Cindy yang berpusat di gereja Pantecostal Hiliness Church di Amerika telah memasuki negara ini secara tidak langsung.
 
Pasangan Bowen dan Cindy itu telah membuat persiapan selama 10 tahun untuk kegiatan dakwah mereka yang ditujukan kepada penduduk Islam di Malaysia.  Sejak lawatan pertamanya pada 1987, Bowen telah mendapat kelulusan sarjana muda bidang Pendakwahan Evangelissm (pendakwahan Kristian) di Kolej Southwestern Assembly of God di Waxahacee, Texas, manakala Cindy pula telah menjalani kursus dalam bidang pendidikan Kristian.  Pasangan ini juga bangga walaupun terdapat sekatan terhadap pendakwah Kristian di kalangan orang Islam di malaysia, mereka dapat menggunakan pintu belakang yang disebut oleh mereka sebagai ‘creative access’ atau jalan masuk secara kreatif.
 
Di Malaysia, Bowen telah diambil sebagai peprunding di sebuah syarikat yang bernama ‘Agrigreen Machine & Landscape’ di Petaling Jaya, tetapi setelah disiasat tiada syarikat yang bernama Agrigreen Machine & Landscape, yang ada ialah  Agrigreen Machinery di SS19, Petaling Jaya dan ianya mempunyai kaitan dengan syarikat lain yang bernama  Agrigreen  Landscape Sdn. Bhd.
 
Menurut Bowen, di Malaysia beliau dan isterinya merancang untuk mengasaskan dua buah gereja Pentecostal Holines di Kuala Lumpur dengan melatih kakitangan gereja dan membawa paderi paderi serta pendakwah Kristian untuk bekerja secara sulit di seberang laut. Menurutnya oleh kerana negara negara Islam dan umat Islam dianggap sebagai ‘Perbatasan Terakhir’ (The Last Frontier) untuk kegiatan pendakwah Kristian, anggota anggotanya seperti pasangan Bowen  ini dipanggil The Frontiers.
 
The Frontiers ini menggunakan pelbagai cara dan peralatan yang canggih untuk menyebarkan ajaran Kristian di kalangan umat Islam, diantaranya ialah:
 
i. Dengan  email yang merupakan cara yang paling giat sekali digunakan. Mengikut satu rancangan internet  yang dipanggil ‘Email Assintance Programme’, satu daripada tugas pekerja rancangan ini ialah untuk memberi bantuankepada anggota Frontiers dalam pelbagai bidang kecekapan. Bowen dan Cindy sendiri menjalankan kegiatan email mereka dengan menggemblengkan penyokong dan pengelola rancangan itu di internet.
 
ii. Satu lagi daripada kegiatan mereka ialah menggalakkan doa untuk kesejahteraan orang orang islam supaya perasaan hati sanubari mereka sentiasa terbuka kepada agama Kristian menerusi apa yang dipanggil ‘pertalian doa’ (prayer chains)
 
 
Sepucuk  email yang diterima oleh seorang rakyat Malaysia yang mempunyai Home Page di Internet baru baru ini menunjukkan kepekaan pendekatan mereka terhadap masyarakat Islam. Mesej itu yang bukan daripada Bowen berbunyi:
 
“Hello, saya ingin berhubung dengan orang Melayu Kristian di internet.  Saya dari sebuah kumpulan di Amerika Syarikat yang berhasrat untuk berdoa untuk orang Malaysia. Kami mahu berhubung dengan sesiapa yang tahu cara cara khusus untuk kami berdoa.  Bolehkan beritahu saya sama ada  cara ini sesuai dengan negara dan kebudayaan anda.  Jika ini menyinggung, saya minta maaf, jika tidak, bolehkan kiranya anda letakkan permintaan ini di tapak internet anda dan galakkan sesiapa saja supaya menjawab.”
 
Menurut majalah The Minaret, pendakwah Kristian sedang aktif di negara negara Islam pada masa ini dan dimana kegiatan mereka disekat, mereka masuk umpamanya sebagai perunding atau peniaga.
 
Sehingga kehari ini Malaysia telah dijadikan sasaran proses Kristianisasi dengan pelbagai cara dan bentuk.  Daripada laporan akhbar yang disiarkan menunjukkan para mubaligh kristian benar benar serius di dalam usaha mereka mencari ruang lingkup mengembangkan ajaran Kristian di Malaysia.  Tetapi mengapa mereka memilih cara yang jahat mengembangkan ajaran mereka?  Iaitu dengan memburuk burukkan imej Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Salman Rushdie di dalam bukunya “Surah Setan” dan baru baru ini Jabatan Agama Islam Johor bersama sama Kementerian Dalam Negeri telah merampas 250 judul buku mengenai ajaran Kristian dalam bahasa Melayu.  Buku buku tersebut menggunakan judul seperti Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenai Rasul.
 
Ingatlah wahai saudara pejuangan! Bahawa musuh musuh Islam tidak sekali kali akan meletakkan senjata dan tidak pula mengadakan perjanjian gencatan senjata sehingga kamu murtad tunduk kepada kehendak mereka.  Fahamilah firman Allah Taala ini baik baik yang bermaksud:
 
“Orang orang Yahudi dan Nasrani
tidak akan redha kepada kamu sehinggalah
kamu mengikut agama mereka.” – Al- Baqaraf: 120
 
Orang orang Yahudi dan Nasrani akan terus menerus berjuang menegakkan hawa nafsu dan niat jahat mereka dan mereka tidak akan berhenti henti memusnahkan umat Islam, membunuh serta meracuni pemikiran umat Islam sehingga umat Islam itu berpaling dari landasan ajaran agamanya.
 
Firman Allah S.W.T. bermaksud:
 
“Dan mereka tidak sekali kali berhenti
memerangi kamu sehingga mereka dapat mengembalikan
kamu dari agama mu (kepada kekafiran) – Al-Baqarah: 217
 
Walau apa jua bentuk penindasan dilakukan ke atas umat islam, tetapi keunggulan Islam itu tetap akan dipelihara oleh Allah Taala. Oleh kerana Dia yang bertanggungjawab menurunkan Islam kepada manusia, maka Dialah yang akan memelihara kemurnian Islam sehingga ke akhir zaman.
 
Firman Allah Taala bermaksud:
 
“Mereka mahu memadamkan cahaya Allah
dengan tiupan mulut mulut mereka, tetapi Allah
tetap menyempurnakan cahayaNYA
sekalipun dibenci oleh
 orang orang kafir.”
 – Ash Saf:8

1 comment:

akarimomar said...

Orang Melayu Bertelingkah – Mubaligh Kristian Masuk Kampung Melayu Mendakyah
http://membelaislam.wordpress.com/2012/07/30/orang-melayu-bertelingkah-mubaligh-kristian-masuk-kampung-melayu-mendakyah/