Monday, November 1, 2010

BERMULANYA PENGHARAMAN ARAK

Arak adalah sejenis minuman kegemaran bangsa Arab jahiliyah malah sesudah kedatangan Islam pun para sahabat Rasulullah masih lagi meminumnya kerana ketika itu larangan meminumnya belum lagi berkuatkuasa.Arak dijadikan sebagai minuman utama dalam sesuatu majlis serta diterima sebagai suatu adat kebiasaan dalam kehidupan.

Rasulullah sendiri telah menyedari akan kemudaratan akibat meminum arak kerana ia boleh menghilangkan pertimbangan akal yg baik serta membuat peminumnya tanpa segan silu untuk melakukan perbuatan munkar dan maksiat terhadap ALLAH.Dalam satu kejadian seorang sahabat Rasulullah bernama Abdul Rahman b. Auf telah mengadakan keramaian di rumahnya dan diantara tetamunya termasuklah Saiyidina Ali r.a. Semua tetamunya dihidangkan dengan arak dan akibatnya mereka telah menjadi mabuk dan apabila masuk waktu Maghrib,Saitidina Ali mengimami solat mereka semua dengan membaca sepotong ayat dari Surah Al Kaafirun.Beliau telah mengubah maksud ayat itu menjadi, "Aku sembah seperti apa yg kamu sembah,wahai orang-orang kafir." 

Dalam peristiwa yg lain seorang lelaki Ansar bernama Utban b. Malik telah mengadakan jamuan di rumahnya dan tetamunya termasuklah seorang Muhajirin iaitu Saad b. Abi Waqas.Dalam majlis ini mereka telah dihidangkan dengan arak dan mereka pun menjadi mabuk.Dalam keadaan mabuk lalu bangun Saad b. Abi Waqas untuk bersyair dan memuji kaumnya yg gagah berani sambil menghina dan mencaci kaum Ansar yg dikatakannya sebagai penakut.Mendengar cacian ini seorang lelaki Ansar terus memukulnya sehingga berdarah.Selepas kejadian ini wahyu pun diturunkan iaitu pada Surah Al Maaidah maksudnya, "Sesungguhnya syaitan mahu menimbulkan permusuhan dan perasaan saling benci-membenci di antara kamu dengan sebab meminum arak dan permainan judi serta memalingkan kamu dari mengingati ALLAH dan mengerjakan sembahyang,maka mahukah kamu berhenti dari melakukan perbuatan yg keji dan kotor itu?" Semenjak peristiwa itu arak telah diharamkan secara muktamad oleh ALLAH sehingga kini.

1 comment:

Meera said...

setiap hukum dalam islam ada sebab munasabah disebaliknya :)