Sunday, December 4, 2011

PERTOLONGAN AMAT DIPERLUKAN

Assalamualaikum....

Kepada sesiapa yg mampu menolong isteriku..pertolongan anda amat dialukan... isteriku dah 6 tahun mengajar di Sabah....dah 3 tahun kami kawin dan selama 3 tahunlah kami hidup berjauhan..isteriku sekarang mengajar di Sipitang Sabah..mengajar JQAF..dah 4 kali minta tukar..tp semuanya tak berjaya...nak kata tak cukup syarat.. dah 6 tahun mengajar lebih dari cukup.. sek dia dulu ada 4 org guru JQAF tapi sekarang dah tinggal isteri aku seorang..teruk la dia nak kepung bdk dari tahun 1 hingga 6. Pi Putrajaya depa kata kedah penuh...penuh apa dok dengaq cerita ada guru yg dpt tukaq...padahal kekosongan guru JQAF banyak di Kedah.. skg aku dah semakin buntu tak tau nak iktiaq mcmner.. dah ramai orang aku minta tlg... NUTP...YB Tajul Urus..YB Jamil Khir dan paling terbaru YB Mukriz tp semuanya bagi surat sokongan...mcm nak lepaskan batuk ditangga.. tak tlg nnt rakyat kata tak kenang jasa..tp tu lah kalau takat suruat sokongan tak makan...depa buang jer.. bila nak mengundi minta kita pangkah depa..mmmmm.. agaknya aku ni takdak kepentingan utk depa kot..almaklumla bukan SOMEBODY... tak ambik pot lerr.. aku pun tak tau berapa lama aku dpt bertahan...saban hari aku berdoa...

Saat paling berat utk aku adalah apabila nak antaq bini blk Sabah di Airport... cuba anda bayangkan perasaan anda sekiranya orang yg anda sayang menangis setiap kali kita antaq dia pi airport..terasa sgt kesedihan dia nak balik Sabah...sebak hati aku terasa sgt aku ni tak berguna..tak mampu nak tlg isteri tak mampu nak bahagiakan isteri.. nak suruh isteri berhenti ngajaq....keadaan semasa tidak mengizinkan kedudukan ekonomi belum cukup kukuh utk kami hidup dgn satu akaun jer..nak aku tukaq pi Sabah... kalau dapat tukar sama daerah ok ler..ni kalau dok 5 jam perjalanan baik takyah.. aku plak adalah guru MPV.. kalau sapa tau..subjek aku tak semua sekolah ada...

Bagi sesiapa yg membaca entry aku ni..kalau ada kabel yg power..aku harap sangat pertolongan anda semua.. bukan takdak member yg nak tolong...ada tapi semua gagal..ramai yg nak tolong sampai pengetua aku pun nak tolong tapi masih gagal....kot la bapa ker..mak ker yg SOMEBODY..tolong lerrr...aku dah makin letih....

No comments: