Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Monday, July 11, 2011

TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Monday, October 11, 2010

LELAKI BERPAYU DARA

BEIJING - Seorang petani China, Guo Feng, 53, terpaksa menerima rawatan di Hospital Dada Jinan di sini kerana dia memiliki buah dada terbesar di dunia sehingga sering mengganggu tugas hariannya, lapor sebuah akhbar semalam
Lelaki itu berkata, buah dadanya mula membesar 10 tahun lalu dan keadaan tersebut menyebabkan ramai penduduk tempatan sanggup berbaris panjang di ladang tenusu miliknya untuk melihat dan kemudian mentertawakan pula dirinya.Mereka akan memaksa Feng memakai baju tebal sepanjang masa walaupun semasa cuaca panas dan dia mendakwa terkilan dengan keadaan itu sehingga pernah bercadang untuk memotong sendiri buah dadanya jika tiada sesiapa yang mahu membantu.
"Saya sudah pergi dari sebuah hospital ke hospital yang lain tetapi tiada siapa mahu menolong dan saya telah menghabiskan banyak wang untuk pemeriksaan namun masih belum ada penyelesaian dan buah dada saya kian membesar," katanya.Seorang doktor, Zhang Lilan dari Hospital Dada Jinan berkata, beliau sendiri tidak pernah melihat keadaan sedemikian sepanjang 30 tahun bertugas sebagai pakar dan mengesahkan Feng adalah lelaki normal kecuali bahagian buah dadanya.

Sunday, September 12, 2010

SOSILAWATI.....

Mmmmmm....tergempar...setergempar kes Antatuya...mmm..macam pisang berbuah 2 kali...apalah nak jd dengan dunia sekarang...sadis sungguh kejam sungguh...dah la bunuh bakar skali plak tu..diaorg ingat dengan membakar mayat-mayat tu...diaorg bleh terlepas konon menghilangkan bukti la tuh...diorg tak tau Allah maha kaya...yg salah pasti akan kena balasan kalau tak di dunia mesti di akhirat...
Sumber dari Utusan Malaysia
12 Sept 2010
Jumaat lepas aku dengar kutbah jumaat..kahtib ada membaca kutbah mengatakan bahawasanya..sesungguhnyer sesiapa yg melakukan dosa besar tetapi di dunia dia tidak di hukum dengan berlandaskan dgn hukum hudud maka di akhirat nanti dia akan di hukum dgn azab yg maha dasyat. Khatib menyatakan bahawasanya seekor ular yg panjangnya sehari berjalan dari kepala sampai ke kaki..matanya dari api neraka dan taringnya dari besi..akan mematuk si pendosa itu..haaa bayangkan..betapa azabnyer hukum Allah...
Kepada manusia yang selalu melakukan dosa besar terutama manusia yg suka berzina...ingatlah..cuba anda ambik lighter tu bakar kulit anda..bleh tak tahan dengan panas api dunia tu...kalau rasa bleh tahan..cuba bayangkan api neraka plak...70x panassssszzz dr api yang ada di dunia...haaaa..mohon Allah melindungi umatNya yang beriman....Amin