Friday, October 8, 2010

Proton recall Gen.2 & Satria Neo, April 2004 hingga Jun 2008!!!



 










Proton recall model Gen.2 & Satria Neo, yang dikeluarkan dari April 2004 hingga Jun 2008 kerana kerosakan komponen “clock spring” yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan. Komponen terbabit menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan ‘cruise’.Menurut Pengarah Uruannya, ujian rutin mengenal pasti kerosakan pada ‘clock spring’ menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu.
Beliau berkata, panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton membabitkan 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh berkenaan. Tiada caj dan kos buruh dikenakan. Untuk maklumat lanjut layari www.protonaftersales.com

2 comments:

Anonymous said...

hang kena antar cpt madie...
nanti takut meletop!!!
jgn marah noo...
PGX ****

Asmadie Anuar said...

ok..ok..tq