Monday, April 4, 2011

APAKAH PUNCA SEBENAR..GURU MEMBELASAH PELAJAR SEHINGGA MENINGGAL ?

Salam..kemarin kita digemparkan dengan berita seorang guru sekolah agama telah membelasah pelajar umur 7 tahun sehingga koma...dan lebih menyedihkan hari ini pelajar tersebut telah meninggal dunia..marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah...memang tak sepatutnya guru membelasah pelajarnya...sememangnya guru tersebut bersalah dan patut menerima hukuman...sebesar mana pun kesalahan pelajar itu..guru tidak patut menghukum pelajar sedemikian rupa...amat mengejutkan saya mengapa guru tersebut membelasah pelajar sedemikian rupa..ini menimbulkan tanda tanya dalam benak fikiran saya...

Apa yg terjadi pada guru tersebut sehinggakan tergamak beliau membelasah arwah sedemikian rupa...?
Bagaimanakan situasi emosi guru tersebut semasa kejadian..?
Adakah beliau merasa tergugat atau tercabar dgn arwah..?
Berkemungkinan arwah melawan atau mencabar guru tersebut...?
Atau mungkin guru tersebut mengalami gangguan emosi akibat dari masalah yg dihadapi beliau..?
Mungkin perasaan itu terbawa-bawa semasa beliau ingin menghukum arwah...?

Jika betul guru tersebut bermasalah..

Apakah masalah yg dihadapi oleh beliau sehingga terjadinya perkara ini...?

Adakah guru tersebut mengalami masalah kewangan..?
contoh..menanggung hutang keliling pinggang..memandangkan kos saraan hidup sekarang semakin tinggi..

Adakah guru tersebut mengalami masalah mental..?
contoh..bebanan kerja yg banyak dan karenah pelajar dan ibubapa..sehinggakan mengalami tekanan perasaan..kini ramai dikalangan rakyat Malaysia telah mendapat Darah Tinggi diusia yg muda dan kebanyakan daripadanya adalah golongan guru

Adakah guru tersebut mengalami masalah peribadi...?
contoh...berkemungkinan guru tersebut duduk berjauhan dr isterinya kerana isterinya mengajar atau bekerja di tempat yg jauh

Adakah guru tersebut mengalami masalah bebanan kerja..?
contoh..tahukan anda kerja seorg guru bukan saja mengajar tetapi...pengkeranian..jadi guru penasihat koku.. jd guru disiplin..jurulatih sukan..jurulatih koku..perunding..saya pasti siapa yg bekerja menjadi guru..beliau akan tahu...
contoh..dalam sesebuah sekolah yg mempunyai asrama diantara masalah yg sering dihadapi oleh pihak pengurusan adalah mencari warden asrama...kebanyakan guru menerima tugas tersebut secara terpaksa.. tugas sebagai seorg warden amat berat..kerana terpaksa bekerja 24 jam menjaga pelajar yg ramai... mmg benar ada imbuhan akan tetapi ianya teramat tidak releven dgn tugas yg dipikul..

Kesimpulannya..pihak yg berwajib seharusnya menyiasat bukan saja utk mengenalpasti akan kesalahan guru tersebut..malah haruslah juga menyiasat apa yg mengakibatkan guru tersebut bertindak sedemikian rupa kerana jika tidak...PISANG BERKEMUNGKINAN AKAN TUMBUH KALI KEDUA...

APA PUN SEBABNYA GURU TERSEBUT TETAP BERSALAH DIATAS TINDAKKAN BELIAU..

No comments: